Izinkan Abang
Nikah Satu Lagi........
"Sayang,
Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan
Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia
menghela nafas panjang.
Dia
memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan
kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf
Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga
yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau
mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga,"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan
dengan Aliyah.
"Abang
Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir
ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh,
cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis
kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang
, Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan
wanita tu,"
Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang
yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa
dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk,
tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang
bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat
dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima
sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia,
hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa,
nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna
hijau.
"Kak
Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar
betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh
Qis!"
terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah
Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang
faham."
Qistina
mengalih pandangannya.
Mahu
apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai
cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan
haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap
seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba
untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa
dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh
Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di
masjid Putra.
Dulu,
sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta
anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah
agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya.
Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan
berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada
kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal
calon madu Aliyah.
Tit
tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
"Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak
sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama
Abang."
Dibawah
hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf
Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu
dibuka perlahan.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam
sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak
langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah
jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon
madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1.
Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah
tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk
dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abang...
2.
Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western
food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk
pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah
berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah
restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi
satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan
la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
3.
Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta
dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir,
jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi
imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung...hmmm.. Aliyah sayangkan Abang...
Abang
yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu,
Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang
yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang
ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah
berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi
jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
Abang...
Tetapi,
jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah
bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti
canai...air tangan Aliyah.
Salam
sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya
pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama
hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar,
tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
~
Hasil nukilan, Nur Fitrah ~
0 komentar:
Post a Comment